Monday, May 9, 2011

Minggu Silaturrahim Pelajar Tingkatan Satu Ambilan Pertama 2011

Rabu, 5 Januari 2011 - Selamat datang ke SAKTI! Seramai 112 orang pelajar tingkatan satu ambilan pertama telah berjaya mendaftar sebagai warga SAKTI yang baru. Program orientasi telah bermula pada malam 5 Januari 2011 hingga 15 Januari 2011. Variasi aktiviti telah dilakukan bersama antaranya sesi ice-breaking, sukaneka, dan muhasabah diri berdasarkan pengalaman orang lain. Kumpulan fasilitator telah diketuai oleh Addin bin Ahmad Fuad, presiden pelajar SAKTI dan dibantu Mohd Hairussani bin Asri, pengerusi PRS. Mereka turut dibantu Farah Hani dan Nor Asyikin Roslee serta 10 orang fasilitator lain yang terdiri daripada 7 orang PRS dan selebihnya MAHER. Majlis penutup telah dirasmikan oleh ketua polis Bandar Penawar, Kota Tinggi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dan selamat maju jaya kepada adik-adik!

No comments:

Post a Comment