Monday, May 9, 2011

Jualan Tergempar Kejohanan Kriket Zon Selatan Piala Tan Sri Hmzah 2011

1 hingga 5 Mac 2011 - Kejohanan Kriket Zon Selatan Piala Tan Sri Hamzah 2011 menyaksikan 11 buah sekolah SBP Zon Selatan beraksi dalam pertandingan kriket yang dianjurkan di SAKTI. Pertandingan kriket dijayakan di 3 tempat, iaitu padang SAKTI, padang SSTMI, dan padang KEJORA. Perlawanan akhir telah melayakkan SAKTI mengungguli tempat pertama dalam perlawanan seterusnya mengalahkan SMSSI, Mersing. Apa yang penting di sini ialah, gerai PRS antara gerai yang mencuit perhatian peserta. Kami telah menyajikan 'ice-blended', kerepek, sandwich, roti bakar, roti john, nuget, kek coklat dan air cedok. Respon yang positif telah kami terima. Terima kasih atas segala sokongan daripada para peserta dan guru dan tidak lupa kepada Pn Nor Azwani binti Md Noor dan En Adnan bin Ismail kerana telah membantu dan menyokong kami,PRS sepenuhnya. Kemahiran kami menguruskan urus niaga mega ini akan kami praktikkan dalam kehidupan kami nanti.

Minggu Silaturrahim Pelajar Tingkatan Satu Ambilan Pertama 2011

Rabu, 5 Januari 2011 - Selamat datang ke SAKTI! Seramai 112 orang pelajar tingkatan satu ambilan pertama telah berjaya mendaftar sebagai warga SAKTI yang baru. Program orientasi telah bermula pada malam 5 Januari 2011 hingga 15 Januari 2011. Variasi aktiviti telah dilakukan bersama antaranya sesi ice-breaking, sukaneka, dan muhasabah diri berdasarkan pengalaman orang lain. Kumpulan fasilitator telah diketuai oleh Addin bin Ahmad Fuad, presiden pelajar SAKTI dan dibantu Mohd Hairussani bin Asri, pengerusi PRS. Mereka turut dibantu Farah Hani dan Nor Asyikin Roslee serta 10 orang fasilitator lain yang terdiri daripada 7 orang PRS dan selebihnya MAHER. Majlis penutup telah dirasmikan oleh ketua polis Bandar Penawar, Kota Tinggi. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis ini dan selamat maju jaya kepada adik-adik!

Monday, November 8, 2010

Jamuan Akhir Tahun PRS 2010

akhir tahun telah pun tiba...
beberapa hari lagi, tutuplah lembaran tahun 2010 bagi sekolah kesayangan kami, SAKTI.
Tidak sah jika, tiada apa-apa sambutan untuk kami, PRS EUPHORIA.
Jadi, sudah tentunya ada sedikit jamuan untuk kami........ yang diadakan...

Tempat : Kafeteria SAKTI
Tarikh : 10 November 2010
Masa : 8.30 malam

jadi, kalau ade gambar.. nanti kami upload ... (^.^)

Monday, August 30, 2010

Lawatan Sambil Belajar

Sekolah : SK Kopok, Pasir Gudang
Tarikh : 4 Ogos 2010
Bilangan Pelajar : 80 orang
Bilangan Guru Pengiring: 8 orang
Bilangan Fasilitator PRS : 12 orang
Jangka masa : 9.00 a.m. hingga 2.00 p.m.

Aktiviti :
1) Taklimat daripada PK HEM, Tn. Hj. Alim bin Konting.
2) Lawatan ke bilik-bilik khas, kawasan sekolah serta kawasan asrama.
3) Perkongsian pintar antara Fasilitator PRS dan para pelajar.
4) Pertukaran cenderamata antara wakil kedua-dua belah pihak.
5) Sesi bergambar.

Sekalung Penghargaan dan Terima Kasih :
1) SK Kopok
2) Unit HEM
3) UBK
4) Guru-guru SAKTI yang terlibat