Monday, May 9, 2011

Jualan Tergempar Kejohanan Kriket Zon Selatan Piala Tan Sri Hmzah 2011

1 hingga 5 Mac 2011 - Kejohanan Kriket Zon Selatan Piala Tan Sri Hamzah 2011 menyaksikan 11 buah sekolah SBP Zon Selatan beraksi dalam pertandingan kriket yang dianjurkan di SAKTI. Pertandingan kriket dijayakan di 3 tempat, iaitu padang SAKTI, padang SSTMI, dan padang KEJORA. Perlawanan akhir telah melayakkan SAKTI mengungguli tempat pertama dalam perlawanan seterusnya mengalahkan SMSSI, Mersing. Apa yang penting di sini ialah, gerai PRS antara gerai yang mencuit perhatian peserta. Kami telah menyajikan 'ice-blended', kerepek, sandwich, roti bakar, roti john, nuget, kek coklat dan air cedok. Respon yang positif telah kami terima. Terima kasih atas segala sokongan daripada para peserta dan guru dan tidak lupa kepada Pn Nor Azwani binti Md Noor dan En Adnan bin Ismail kerana telah membantu dan menyokong kami,PRS sepenuhnya. Kemahiran kami menguruskan urus niaga mega ini akan kami praktikkan dalam kehidupan kami nanti.

No comments:

Post a Comment